inspirasi
backgrounds
lets fOllOw me....
Sabtu, 28 Julai 2012
kurma...
Jumaat, 27 Julai 2012
tip kelihatan cantik di bulan ramadhan...
Khamis, 26 Julai 2012
PUASA~~

Rabu, 25 Julai 2012
happy bezday dak tue..hee !!

Rabu, 18 Julai 2012
editing !!

Selasa, 17 Julai 2012
meeting !!

Isnin, 16 Julai 2012
raye 2011

Sabtu, 14 Julai 2012
berbekalkan roti dan air

Pada masa dahulu, ada seorang nelayan yang menuju ke laut untuk menangkap ikan. Nelayan ini adalah seorang pak cik tua yang tinggal di hujung kampung. Dia menuju ke tengah laut seorang diri tanpa sebarang teman.
Dengan berbekalkan roti dan air yang mencukupi selama tiga hari, pak cik ini bergerak dengan doa dan harapan supaya hasil yang diperoleh nanti adalah berkat dan mencukupi dengan usahanya. Namun, malang tidak berbau, perahu yang dinaiki telah hanyut di tengah laut.
Selama beberapa hari di tengah laut, dia hanya makan bekalan yang dibawa iaitu air dan roti sahaja dengan benar-benar berjimat. Dia khuatir kehabisan makanan dan hanyut dalam jangka masa yang lama. Sementara itu di kampung, teman-teman pak cik tua ini sibuk memikirkan nasib rakan mereka itu. Mereka sudah menyangka pak cik itu hanyut di lautan dan membuat laporan ke pihak berkuasa.
Usaha mencari pak cik itu bermula. Pencariannya diperluaskan ke setiap tempat atau kawasan nelayan yang biasa dia pergi. Ada juga yang menyangka pak cik itu tenggelam di dalam lautan. Namun, kebanyakan mereka yakin rakan mereka itu masih hidup tetapi sedang kelaparan yang teramat.
Hari demi hari berlalu, namun pak cik itu masih belum ditemui. Keadaan pak cik nelayan itu pula semakin kritikal berikutan roti dan air yang dibawa akan habis menjelang keesokan hari setelah berjimat-cermat dan telah bertahan selama 6 hari. Dalam keadaan runsing memikirkan nasib dirinya, dia tidak lupa berdoa kepada Allah SWT agar memberikan bantuan kepadanya dan dia redha dengan apa yang akan terjadi.
Hari ini hari ke-7 pak cik itu berada di lautan. Makanan dan minuman telah habis. Sedang asyik berdoa dan mengerang kelaparan, akhirnya pasukan penyelamat berjaya menemuinya. Pak cik itu selamat dibawa pulang dan diberi makan semasa dalam perjalanan pulang. Dia selamat tiba di rumah dan ramai orang menziarahinya.
Setelah berehat dan pulih, pakcik itu didatangi seorang wartawan yang mahu menemuramahnya. Wartawan itu dibenarkan masuk dan disambut dengan baik. Lantas wartawan itu memulakan pertanyaan.
"Pak cik, apakah pengajaran yang pak cik dapat semasa kejadian ini?" Pak cik itu berteleku seketika. Dia memandang wartawan muda itu dengan wajah tenang.
"Senang sahaja. Pak cik hanya berfikir tentang hidup dan tentang kesedihan," ringkas pak cik itu menjawab.
"Kesedihan yang bagaimana?" wartawan itu terus menyoal seperti biasa.
"Ada dua perkara yang penting untuk hilangkan kesedihan pak cik semasa berada di tengah lautan," jawab pak cik itu dengan jawapan yang masih tergantung. Wartawan dan penduduk kampung yang datang menziarah masih menunggu jawapan tambahan.
"Semasa berada di tengah lautan, jika pak cik berasa sedih atau putus asa untuk hidup, dua perkara ini akan mengubah pandangan dan menaikkan ketabahan pak cik."
"Apakah dua perkara itu?" wartawan itu menyoal lagi.
"Pak cik akan bertanya kepada diri pak cik, adakah pak cik mempunyai makanan untuk hidup? Jawapannya 'ya' iaitu roti yang dibawa. Setelah itu pak cik bertanya lagi, adakah pak cik mempunyai air? Jawapannya juga 'ya' dengan air botol yang pak cik bawa sebagai bekal," panjang pak cik itu menjawab. Orang yang hadir mendengarnya dengan terpaku. Pak cik itu sekali lagi menambah:
"Jika ada dua perkara dalam hidup iaitu makanan dan air bersih, mengapa kita perlu berputus asa? Mengapa kita bersedih jika ada cabaran dan halangan jika kita masih ada dua perkara ini?"
"Cabaran itu bukanlah halangan. Cabaran itu adalah ujian daripada Allah supaya hambaNya kembali berdoa dan merintih kepadanya. Bersabarlah dalam menghadapi cabaran dan ikhlaslah dalam bersabar, kerana ketahuilah malaikat sedang menulis pahalamu."
Wartawan dan para penduduk yang mendengar kata-kata itu tersenyum memahami maksud pak cik ini. Tidak sia-sia usaha mereka yang menyelamatkan pak cik itu kerana ilmu dan pengalaman dari tengah lautan yang mereka peroleh, tidak terbanding dengan jasa mereka menyelamatkan pak cik itu.
Isnin, 2 Julai 2012
ECM

Langgan:
Ulasan (Atom)


















