inspirasi

backgrounds


I made this widget at MyFlashFetish.com.

lets fOllOw me....

Jumaat, 28 Oktober 2011

kenapa wanita merajuk

~assalamualaikum...
lame dah x update blOg ni...mf


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?...Hasil dari kajian, jawapannye ialah : (Bagi soalan ini ditujukan kpd respOnden wanita yg berada dlm kategOri umur 25-45 thn yg sudah berumahtangga dan masih bujang) 
1. Keinginan tidak diambil p'hatian Oleh pasangan lelaki/suami & mereka x ambil kisah akan p'rasaan wanita itu....
2. Tidak sensitif t'hdp perasaan wanita yg prihatin dlm sesuatu p'kara & pasangan hanya memandang remeh segala p'dangan wanita....
3. Tidak peka pd hari2 istimewa pasangan & kne diberitahu pd psangan mengenai hal itu...
4. Memuji wanita lain di dpn isteri/teman wanita...
5. Menyindir m'ngenai imej & p'sonaliti isteri/teman wanita & m'bndingkan dgn wanita lain...
6. Tidak m'jamah/ mkn makananyg disediakan krn dirasakan x sedap/x kena selera...
7. Tidak memuji pasangan pd ketika pasangan p'lu pujian itu....
8. Suami/teman lelaki lbih suka b'ckp & b'gurau dgn teman sekerja/lelaki b'banding isteri/teman wanita...
9. Kedekut & x suka m'ngeluarkan belanja utk k'p'luan isteri/teman wanita...
10. Suka memerintah & x suka m'bantu kerja rumah. Suka m'kritik isteri yg sebuk m'buat k'ja rumah, ttpi x mahu menOlOng....
11. Selalu keluar rumah & balik lewat, ttpi x m'beritahu sbb mengapa pulang lewat & sbgnye...
12. Tidak suke m'beli buah tgn pd anak & isteri apabila balik dr k'ja & sbgnye...
13. Tidak suke b'hubung dgn telefOn & sms jika ada k'ja luar/ b'pergian...
14. Suami melebihkan ibu bapa & adik beradiknye & s'gup b'habisan utk mereka, ttpi x m'p'dulikan keluarga sendiri...
15. Sering m'beri pujian & senyuman yg mesra utk Org lain, ttpi dgn pasangan/anak isteri garang & x mesra...
16. Ada duit digunakan utk belanja rakan & saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan...
17. Mudah mesra dgn Org lain, ttpi x mesra dgn k'luarga sendri...
18. Bila balik kpg isteri, b'sikap dingin &x mesra...
19. Tidak m'bela anak isteri apabila ada saudara mara & ipar duai m'nyindir k'kurangan anak isteri....
20. Tidak suka menemani isteri m'beli belah krn malas hendak melayan isteri...
21. Tidak suka m'belai mesra anak isteri pd saat anak isteri mm'lukan spt anak isteri sakit/meraikan k'jayaan mereka....
22. Suka b;ckp kasar & mn'king pd anak isteri...
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri spt isteri naik p'kat & sbgnye...

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Isnin, 26 September 2011

4 paper DONE !!...

assalamualaikum....
skang dah msuk 26/9, mggu kedua final....alhamdulillah 4 paper DONE !!!!...
start first paper bel311...diikuti dgn ctu261....
paper aq bederet skali 3 paper, start jumaat, sabtu n ahad...paper ctu, measurement n structure....
paper measurement yg paling wat aq sedih skali...x thu lah ape yg aq akn dpt...menangis jgak lah smlm lpas paper tu...hurm...
ramai ckp sOalannye senang lah jgak...tp, aq plik cOz aq mmg x leh wat....susah sgt2....rase cam nak ulang blek je paper tu....tp, x nak lah...cOz ssah sgt...pening kpla ni...smpai demm2 lah aq study....
sume tmpat aq g...kjap2 study at library, kjap2 study at surau....hurm....msuk x jgak dlm kpala ni....ape lah dOsa aq.....ya ALLAH, bri an lah aq hidayah n kuat an lah iman aq ni.....
tp, ble di fikir kan blek....selamat lah paper measurement ni ade lg 1....boleh lah tambah ckit markah utk final t....hOpe aq lulus sume paper dgn cemerlang untuk sem3 ni....
kOrg sume jgn b'henti dOa an kejayaan aq ea....syggg kOrg sume....
aq x nak hampakan impian ibu n abi....ayah n mak.....
tp, yg pling penting utk dri aq sendri ni....ble lah nak abis blajar....huhuuu
klu dah besar nak bljar blek...hehehee...biase lah tu....sume x sempurna dlm hidup ni...
tp.....yg penting kt enjOy...bukan selalu bleh jd mude...jd, gunakan mase yg ade sebaiknye...hehehe
salam syg dri sy...
w'alaikumsalam.....=)

Selasa, 20 September 2011

cinta

assalamualaikum....=)


♥~♥ Cinta Ibarat Kupu-Kupu. makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya. Cinta bisa membahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu. Namun, cinta tu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. Jadi,janganlah terburu2 mencari cinta dan pilihlah yang terbaik..♥~♥

Jumaat, 16 September 2011

sedihnyee...

assamualaikum...
ya allah...beri an aq kekuatan dlm menenpuh mase dpn ni...
sume yg aq lalui buat mase ni mmg byk dugaan....
mlm ni je, dah byk air mate kluar...naik lebab mate aq ni...
knpe mesti aq lalui sume ni time nak final...ni yg wat aq lg susah nak bace bku...
hurmm....
geramnyeeeeeeeeeeeeeee....
lbih baik single !!!!!

Selasa, 30 Ogos 2011

raya 2O11

sempena bulan yg mulia ini....sy ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin wat sume yg membaca blOg ni....
walaupun baju raya thn ni x siap, tp aq rase srOnOk sgt2 cOz dpt beraya ngan famly n yg t'syg....>ihya'<...

Jumaat, 19 Ogos 2011

~22 kewajipan isteri~

assalamualaikum....
ari ni aq nak b'kOngsi sdkit artikel yg aq dpt at FB....cube lah bce k...
artikel ni khas utk kaum2 ku...(kaum wanita)
klu kaum lelaki nak bce pun....ape salahnye....=)
slamat membaca....


1. Wajib bagi seorang isteri:

i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.

ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.

Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.

iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)

Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.

Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.

Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya  duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.

2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

” Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi.”

3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.

4. Saidatina Aishah r.a berkata: “Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.”

5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.

iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali.”

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali’, maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya”.

Keterangan:
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya.”

Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.

8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya”

Keterangan:
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.

Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.

9 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)

10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:

i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami.”

Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.

11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: “Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan.”
Maka baginda bersabda yang bermaksud:

“Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.”

Berkatalah perempuan itu: “Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada”

12 Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.

13 Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.

14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.

15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.

16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.

17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.

18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud:

“Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya,  Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga”

19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.

20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.

Keterangan:
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.

21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak

22 Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, mengipas dan lain-lain.



Sabtu, 13 Ogos 2011

beruntungnya seOrang wanita yg ada rahim ini...

assalamualaikum....


1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan

dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.



2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki

tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..



3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?



Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.



4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh

kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan

Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..



Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak

nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.



Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah

lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.



6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.



Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.



Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak

derhaka denganNYA........