inspirasi

backgrounds


I made this widget at MyFlashFetish.com.

lets fOllOw me....

Isnin, 28 November 2011

andainya lelaki TAHU....


Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..

Ahad, 27 November 2011

kerana aq wanita..

assalamualaikum semua....
tertarik dgn 1 tajuk ni...cbe anda bce k...

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Sabtu, 12 November 2011

tidak sempat...

assalamualaikum...
boring + mengantOk plak skang ni...ternampak buku ibu *sOlusi*...cam best je....jd, aq bce lah utk ilang kan ngantOk...huhuu =)
sehelai demi sehelai aq belek...mne tajuk yg best, tu lah jd santapan mate ku mlm ni...
tbe2, t'nmpak 1 artikel ni...kecil je t'letak dlm kOtak biru...menarik p'hatian aq utk tulis at blOg aq ari ni...harap sume yg bce bleh amik iktibar dari sni...

~Tidak sempat....
 Ya Allah, cepatnye masa b'lalu. Tidak sdar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas b'lalu. Pinjam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah msuk bulan yg baru. Tahun pula silih b'ganti sepantas jam saatb'detik....
     Kalau begitu, hidup di dunia mmg sah sgt pendek jika dibandingkan dgn khidupan akhirat yg abadi. Kalau syurga m'jd destinasi, alhamdulillah. Kalau neraka, nauzubillah....
     Tetapi hairan jika ade Org yg b'kata, "ALAMAK, tidak sempat nak wat ibadah!!".....Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipanggil m'hadap-Nya....

LEBIH BAIK usahakan spt ini :
~ Tidak sempat buat MAKSIAT sebab sibuk dgn ibadah dan taat...
~ Tidak sempat MAZMUMAH singgah dlm hati sebab mahmudah yg menguasai segenap ruang hati...
~ Tidak sempat TERPESONA dgn harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal...
~ Tidak sempat MEMBAZIR sebab sibuk b'sedekah...
~ Tidak sempat TERLAJAK SUBUH sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing...
~ Tidak sempat MENSIA-SIAKAN MASA sebab sedang sibuk dgn agenda sbg hamba dan khalifah...
~ Tidak sempat BUAT JAHAT kpd manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang....

masyaallah, b'lambak rupanya kebaikan bleh dipungut jika selalu tidak sempat mmbuat kemungkaran & keburukan.....
w'salam...

Jumaat, 11 November 2011

perlu atau tidak??


assalamualaikum...
ape gmbar kat atas ni??....mesti sume kurang faham kan...
ni cara nak mOhon penerapan...hurm, perlu ke tidak aq mohon???....
tepuk dada tanye lah selera....
mula2, aq kne matang dlu...baru lah bOleh fkir mase dpn...btul x??
fkir dlu sblm wat kputusan...hajah faridah ade ckp jgak, mmg lah cpt klu msuk penerapan ni...x buang mase, tp, nak mencapainye tu agak ssahbg yg blOm matang....
p'sOalannye dah matang ke aq ni???
ramai org aq dah tnye, kebanyakannye ckp ok lah tu...cuba lah...boleh punye....
dorg ckp mmg lah senang...cbe dOrg yg msuk blajar....gantikan tmpat aq...hehehee
hurm....
buat mase ni aq hanye b'dOa dan insyaallah aq nak sgt wat sOlt istiharah....kamu semua dOa an sy b'jaya yee...=)
ok lah...sbenarnye x de mOod nak tulis pnjang2...
ni pun alhamdulillah dpt update blOg yg dah byk sawang...
w'salam....