inspirasi

backgrounds


I made this widget at MyFlashFetish.com.

lets fOllOw me....

Ahad, 26 Disember 2010

9 jenis wanita yg berada d dlm neraka...


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Selasa, 21 Disember 2010

15 muharam..

dah lame aq x menulis di blog n...rase kosong je blog aq ni..sempena 15 muharam, aq nak luah kan sedikit rase gembira, sedih, sayu, bersyukur dlm hati ni..
alhamdulillah....ari ni dah masuk 15 muharam.aq masih sempat melihat ini...dri aq bangun td pun, langit mendung, cuaca redup...aman sgt hati aq rase..mula lah rase semacam je...mcm2 perasaan timbul..
bulan pada mlm ni pun cantik sgt...hati ini rase bagai kan sayu...
entah thn depan aq dapat merase hari ini lagi ke tidak...harap2nye dpt lah...
ari ni buat aq terase rindu nnti kat umah..lg beberapa hari je aq dah nak blek U...
ok lah...ade mase nnti, aq mengarang lagi...hehehee

kita sepatutnye...

Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Menolak ajakan kita untuk keluar.
  • Tidak selalu mengadu kesedihannya.
  • Cemburu pada tempatnya.
  • Mengajak kita untuk bertahajud.
  • Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
  • Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
  • Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
  • Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
  • Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
  • Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
  • Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
  • Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
  • Mengajak kita membuat dosa.
  • Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
  • Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

Isnin, 20 Disember 2010

Inilah Makna Bahagia...

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu "moving target" yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi "rules of life" (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
"Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya." (Surah Al-Mulk)
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al-Malik Farouk (Mesir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang...
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang "hilang" di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor "kesihatan" hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du 28)
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
"Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati."
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara "kesihatannya" agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara "auto pilot".
Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)
Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).
Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).
Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:
"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:
"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)
Zikrullah Yang Membawa Bahagia
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, sila rujuk artikel Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

cinta facebook...

Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."
Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga.
Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan bukanlah masalah utama kerana wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara kaya seperti Kuwait dan Brunei selalu memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjihad ini.
Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.
Masalah ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di sini. Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi berhari-hari.
Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian.
Putik-putik Cinta di Facebook
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie.
Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook
Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.
Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!
Nilai Harga Diri
Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?
Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".
[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
Penutup
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah!
Salam Ingatan dari saya

layang-layang itu...

Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka.
Si adik yang berusia dalam lingkungan umur lima tahun kelihatan sangat gembira memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, kakaknya baru sahaja dapat pulang bercuti.
Seperti biasa, si adik meminta kakaknya mengayunkan buaiannya. Si kakak menurut sahaja sambil mengayunkan buaian itu sedikit laju tetapi dengan penuh berhati-hati agar si adik tidak terjatuh. Sedang si kakak dan si adik sedang bercerita sambil bermain buaian, kelihatan sekumpulan anak muda ingin menaikkan layang-layang mereka di padang bersebelahan dengan taman permainan itu.
Si adik meminta si kakak membawanya melihat layang-layang itu. Dengan penuh sabar melayan telatah si adik, dia memimpin tangan adiknya menuju ke sebuah pohon yang rendang di tepi padang itu. Kelihatan layang-layang itu terbang tinggi sekali. Lama juga bertahan, namun tidak lama selepas tu, ia terus jatuh menyembah bumi. Layang-layang yang jatuh itu dinaikkan semula, dan juga dapat bertahan lebih lama daripada sebelumnya.
Adik : Cuba kakak tengok layang-layang tu. Cantik kan?
Kakak : Cantik. Tapi kan adik, walaupun ianya terbang tinggi, takkan kekal lama tau. Sebabnya nanti apabila angin sudah tiada, layang-layang itu akan jatuh. Sama juga macam kita.
Adik : Kita? Kakak dan adik ke? Tak sama pun.
Kakak : Hehe. Bukan camtu adik. Layang-layang itu ibarat seperti kita, manusia yang ada di muka bumi ini. Dalam hidup ini, ada masanya apabila kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang terbaik, kita akan berasa kita sentiasa berada di atas. Maknanya, kita akan rasa kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selesa. Adakalanya, kita tak terasa yang semua benda ni mungkin bukan lagi akan jadi milik kita satu hari nanti.
Adik : Oh, tapi apa kaitannya dengan layang-layang kakak?
Kakak : Layang-layang, kalau tak ada angin bertiup, atau mungkin layang-layang tu tak sesuai untuk terbang, susah nak naik tinggi macam tu (jari menunjuk ke arah layang- layang yang tinggi). Tai, apabila angin tak ada, ataupun ada bahagian dia yang rosak, akan terjatuh juga. Cuba adik bayangkan diri adik yang sihat macam ni, dan tiba-tiba adik demam. Adik rasa adik mampu tak nak pergi ke tadika?
Adik : Kalau adik demam, mestilah tak boleh. Kalau adik demam, nanti adik muntah kat tadika. Kesian cikgu kena basuh muntah adik, jadi lebih baik adik duduk kat rumah sebab Abah dan Mak boleh jaga adik. Mak boleh bagi adik makan ubat dan bila adik dah sihat nanti baru adik pergi sekolah balik. Hehe.
Kakak : Wah, pandailah adik kakak ni! Layang-layang kan, apabila ia terkoyak, ia akan jatuh. Tapi apabila sudah dibaiki, boleh je nak naikkan semula. Apa yang kakak nak cerita, dalam hidup ni, dari kita kecil sampai dah dewasa, pasti akan ada susah dan senang. Akan ada jatuh dan bangun. Apabila kita rasa senang dan selesa, kita kena ingat yang semua itu adalah pinjaman sahaja. Boleh jadi apabila tiba masanya, pinjaman ini akan ditarik balik.
Tetapi, dengan keyakinan kita yang kuat terhadap Tuhan kita, Insya-Allah segala perkara yang kita rasa susah, akan dipermudahkan. Dalam hidup ini, kita diuji dengan kesusahan bukan kerana Tuhan tak sukakan kita, tetapi sebab Tuhan sayangkan kita. Dia mahu kita lebih kuat untuk meneruskan amalan-amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di dunia satu lagi nanti. Seperti Mak marahkan kakak dan adik bila kita buat salah, bukan kerana benci tetapi kerana sayangkan dan nak kita jadi lebih baik.
Si adik sudah pun terlentok dan meletakkan kepalanya di lengan si kakak. Mungkin terlalu asyik mendengar kakaknya bercerita, dan juga mungkin kepenatan bermain. Si kakak hanya tersenyum tatkala melihat adiknya yang manja itu sudah pun terlena. Dibelainya rambut adik yang nipis itu sambil matanya masih lagi tertumpu kepada layang-layang yang masih terbang di langit.
“Adik... adik masih terlalu kecil untuk mendengar semua ini. Namun, kakak berharap agar apa yang kakak cakapkan ni, tersemat dalam ingatan adik sehingga adik besar dewasa. Jangan risau, apabila adik sudah besar nanti, kakak akan ulang kisah ini untuk adik meskipun pada masa tu tiada layang-layang di langit. Kakak janji, insya-Allah”. Si kakak bermonolog sendirian.
Anak-anak muda yang main layang-layang tadi sudah pun menurunkan layang-layangnya. Si kakak pula mengangkat si adik yang terlentok itu pulang ke rumah. Si ibu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat si adik yang manja itu. Namun, memandangkan Maghrib sudah hampir masuk waktunya, si adik dikejutkan daripada lenanya. Mata si adik masih lagi terkebil-kebil, tetapi di bibirnya terukir senyuman yang sangat manis.
“Kakak...nanti kan, kakak cerita lagi ye pasal layang-layang tadi? Adik tertidur. Tak dengar habis tadi”, pinta si adik.
Kakaknya hanya mengangguk tanda setuju. Ibu bertanya tentang layang-layang melalui ekspresi mukanya, dijawab dengan kenyitan mata dan senyuman oleh si kakak tadi. Berlalulah sebuah petang yang indah dengan kisah di sebalik layang-layang.

bila hidayah menyapaku...

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas..
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...

"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'

Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)
"Adlina, akak nak tanya ni....,'
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'

Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Anfal: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....

Rabu, 1 September 2010

AKU BERADA D' DUNIA BARU...

Maklumlah...bru first time msuk U....mcm2 jenis org aku jmpe....
mcm2 cite aku dgar....lebih2 aku dpt U kat sarawak ni,lg pelik...dah lah bahasa die aq x paham...makanan die mahal...nak thu x, first time aq dtg sni,brg2 die mahal nak mampus...yg murah kek lapis je...menimbun2 kat sni...pokai aq dok kat sni,tokey ayam pun bleh pape kedana dok sni...sume ni cite gebang je....
sebenarnya,same cam dok kat semenanjung tu....susah ar aq nak bkk blog selalu, sbb aq x de laptop...ni pun curi2 pinjam kwn punye...
okey ar, nnti aq continue...
itu pun klu d' panjangkan umur....

Ahad, 6 Jun 2010

mutiara kata...

tanda-tanda orang yang budiman
ialah dia akan rasa gembira,
jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain,
dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

kekuatan itu tidak terbina
di atas bilangan yang ramai,
tetapi kekuatan itu terbina
di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan...

utk sume...

masa semakin hampir...brg2 pun aq lom kemas lg....rase malas je nak tinggal kan umah ni....
hampir seminggu aq g umah ayah...rase sedih bile nak tinggal kan dorg...
tp,aq terpaksa demi mencapai cita2...
detik 26 jun...aq akan meneruskan perjalanan ke menara gading...harap perjalanan ini dirahmati ALLAH s.w.t....
sesiapa yang membaca blog ini,hope doakan kejayaan aq di sane....dan aq mengharap..lancarkan lah perjalanan ku dan urusan ku di sane t.....
terima kasih semua....

Isnin, 24 Mei 2010

perjalanan yang jauh...

Aku persis seorang yang buta,
Masih tercari-cari hala tuju,
Di kiri dan kananku ada lorong,
Yang mana salah satunya adalah lorong kejayaan ku,

Waktu yang aku peroleh bukannya lama,
Di sinilah aku perlu memilih,
Fikirkan bagaimana perjalanannya?,
Menduga apakah halangannya,
Semua persoalan timbul difikiranku,
Apa yang ku harapkan kini,
Hanya dengan berkat dan redha dari-Nya,
Ditunjukkan jalan yang sebenar kepadaku,
Untuk aku menuju ke destinasi yang sebenar,
Ke perjalanan yang jauh,
Menuju puncak kejayaanku.....

Selasa, 18 Mei 2010

tatkala cinta diungkap..

assalamualaikum...

Ya Allah yang maha penyayang lagi maha pengampun!
Syukurku rafakahkan lewat sujud ini
izinkan aku mengungkap resah cinta pada-Mu
dalam desah terbenamnya sinar mentari di kaki langit
sewaktu aku berdiri di tubir usia ini
lantas kutoleh ke belakangtabir masa
gumpalan dosa tampak jelas menggunung di sana
ampunkan aku ya Allah!
Pada sisa usia yang masih ada
memang masih banyak permohonan buat-Mu
namun malunya aku hingga tunduk terkesima kelu
apa masih bolehkah aku terus meminta?
sesungguhnya Engkau memang amat Pemaaf....
biarpun terus dikhianati dengan ketidaktaatan
oleh hamba-hamba-Mu yang kerap bermungkir dalam janji
namun rahmat-Mu terus berlimpahan
tanpa henti bagaikan aliran sungai Nil
nan terus mengalir tanpa tunduk dalam sebarang perhentian

Ya Rabul Izzati,
pada-Mu jua nikmat rahmat terus kupinta
ketika kelam senja melabuhkan tirai ini
doa kudus terus kupohon diperpanjangkan tanpa goyah
agar berilah aku peluang untuk terus mengungkap cinta buat-Mu
biarpun tidak sekudus cinta Rabiatul Adawiyah
nan pasti cintaku juga luhur
kerana mohon belas kasih-Mu agar aku terus
disayangi dalam limpahan kasih-Mu tanpa henti!

Dalam bait-bait doa zikir yang dialun
segalanya kuserahkan buat-Mu
kerana Engkau-lah yang layak menerima
cinta tulus nan hakiki!
kukuhkan nuraniku agar terus kuperjuangkan
cinta kasihku yang satu hanya pada-Mu jua....

Isnin, 17 Mei 2010

selamat hari guru...

assalamualaikum...

Bersempena dengan hari guru ni,aq ingin mempersembahkan sebuah sajak...tp,sajak ni aq amik dri buku....
biarlah dri mana kt dpt sekali pun,janji ingatan kt terhadap guru tidak lah dilupakan....

GURU
kau lahirkan sebuah peradaban
melalui nilai sebuah kasih
kau layari sebuah dimensi
melalui rasa hati
kau pupuk kebijaksanaan
melalui penyampaian

GURU
sesungguhnya di dadamu ada sebuah harapan
di lidahmu ada ikatan
bicaramu, bicara ilmu
kemarahanmu ada firasat

GURU
berjuanglah
kerana perjuanganmu bukan sia-sia
perjuanganmu, perjuangan bangsa
didiklah, tuntutlah bunga negara
kerana di bahumu terpikul amanah itu...

sekian lah sajak tadi,sajak ini jugak khas untuk guru di sekolah rendah islam hidayah, sekolah menengah tinggi segamat dan sekolah teknik dato' lela maharaja....dan x lupa jugak kepada semua insan yang bergelar GURU....terutama kpd m'ngah marliana bt mohd arif....

Jumaat, 14 Mei 2010

RENUNGKAN...

yang terindah...

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


lagu daripada sebuah drama adamaya....

Ibu intanku...

Assalamualaikum

Melangkah sepi di ruang lelah
Meratapi sunyi tanpa cahaya
Pada sudut hikmah panahnya doa
Menunggu makbul kuasanya Allah (swt)
Teriak ibu, tiada siapa yang peduli
Menang lagi suara unggas dan kodok
Suara ibu, tiada nilai dan hak
Kerana tempatnya bersedia untuk diganti
sedih ibu, tiada siapa yang faham
Menjadi lali ditelan masa
tangis ibu, tiada siapa yang padam
Didodoi masak oleh kepenatan
Peperangan antara diri dan takdir
Habis mati segala keistimewaan
Hanya tinggal tanggungjawab memimpin diri
Kerna menjadi keutamaan pada diri mereka
Ibu, aq, sara, zura, shida, dan atiyah....hanya insan tumpangan
Bagi mereka, ibu harus faham, mengerti dan kebal
Kerana tanggungjawab, nasib dan adat!!!
Pada siapa ibuku hendak luahkan?
Jika telinga saja mendengar
Mata kononnya dapat menyaksikan
Sedangkan hati degil tertutup rapat!
Kami akan tetap menanti
Selagi ada sebuah harapan
Buta akan dapat melihat
Pekak akan dapat mendengar
Cuma...yang selama ini asyik bercakap
Mungkin akan terkelu bisu
Inilah kebenaran tidak pernah terkubur pada kenyataan!

sajak ini aq amik dari majalah anis...ia memberi aq kesedaran dan isi tersirat yang hanya difahami oleh seseorang....sajak ini juga menggambarkan pengorbanan seorang ibu demi menjaga anak-anaknya....namun begitu, ibu tak pernah mengalah dalam menjaga kami semua...walaupun,dihimpit dengan kessusahan hidup...
sesiapa yang membaca sajak ini, renung-renungkan lah....

Khamis, 13 Mei 2010

pakaian yang menutup aurat...

Assalamualaikum...

petikan ini aq amik dari majalah nur...
Pakaian dan perhiasan adalah nikmat yang diturunkan Allah kepada hamba-hamba-Nya.Bagi hamba yang beriman, pakaian adalah keperluan yang harus disyukuri dan dinikmati seadanya, bukan sesuatu yang mesti dibangga-banggakan atau dimegah-megahkan.
Malah, umat islam digalakkan bersederhana walaupun dia kaya berada dan lebih cukup daripada kemampuan.

Ambillah pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud,
"Wahai anak cucu Adam, sungguh Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian yang dapat menutupi aurat-auratmu dan untuk perhiasan."
(al-A'raf:26)

Dalam hal ini, Allah menjelaskan mengenai fungsi berpakaian yang bertujuan untuk menutup aurat.
Tidak salah juga menjadikan pakaian itu sebagai perhiasan kerana memang itulah fungsinya.
Namun berbalik kepada suruhan agama, segala-galanya mesti berpada-pada..

Oleh itu,fikir-fikirkan lah dan selamat beramal....

Selasa, 11 Mei 2010

MENGAPA KITA PERLU BELAJAR?

Assalamualaikum...
 
Belajar itu adalah perintah Allah.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menurut ilmu itu adalah wajib bagi tiap2 muslim."
oleh itu kita perlu belajar supaya menjadi hamba-Nya yang soleh dan berbakti kepada sesama manusia.

Supaya kita boleh membaca dan memahami ilmu pengetahuan agama islam,ilmu bahasa, ilmu sains, matematik dan lain2.Kita akan mendapat banyak ilmu melalui pembacaan dan pembelajaran di sekolah.

Supaya kita dapat menulis dan membuat catatan ilmu yang dipelajari.Boleh membuat kerja sekolah, mengarang karangan dan menulis surat kepada kawan2.

Supaya boleh mengira. Mengira adalah asas pelajaran matematik. Kepandaian mengira amat penting dalam hidup kita. Berguna ketika hendak membeli, membayar, menjual dan sebagainya.

Supaya kita boleh menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Nanti orang pun tidak berani menipu kita. Tetapi....jika dah pandai jangan tipu atau mempermainkan orang lainpula,BERDOSA....

Dengan mempelajari ilmu agama, kita akan tahu mana satu suruhan Allah dan perkara yang dilarang Allah.
Selain daripada itu, dapat menimbulkan rasa kehebatan kepada Allah yang menjadikan alam ini..


Perlu belajar untuk membetulkan amal ibadah.Beribadah kerana ikut orang, Allah tak terima ibadah kita.
Rugilah orang yang beramal, tanpa belajar mengenai amalannya terlebih dahulu...

Perlu belajar untuk membangunkan kemajuan di berbagai-bagai bidang. kita mesti ada ilmu untuk maju dalam perniagaan. Misalnya,ilmu bangunkan ekonomi, membuat bangunan tinggi, kilang, menghasilkan produk dan sebagainya....

aq ambil ni dalam buku tatih kerana tertarik dengan tajuknya....walaupun buku ini tertumpu kpd kanak2,tidak mustahil orang dewasa juga tidak perlu membacanya....ia memberikan byk pedoman mengapa kita perlu BELAJAR.....    

Ahad, 9 Mei 2010

SUSAH HATI

assalamualaikum...

skang ni aq betul2 buntu,x thu nak g masuk mane ni.....sume yg aq mohon sebelum ni,sumenye x dpt.....sedih  + geram + kecewa + pening pun ade....x thu agi nak wat cam ne ni.....

tp,semalam time aq cek form 6,aq dpt plak.....bende yg aq x nak,yg tu lah yg dpt....org kate skang ni aq x leh nak memilih sangat.....tp,form 6 ni susah lah...nak kne org yg pandai,rajin,b'sungguh2,kuat ingatan...dll
sume tu x ade plak kat aq ni....susah lah nak hidup cam ni...
byk gak tanye kawan,dpt ner....bile d'fikir kan blek,ramai gak senasib ngan aq ni....
byk cara dah aq lakukan utk sambung blajar ni....aq byk b'doa supaya dpt lah sambung kat mane2 nnti....
skang ni aq dah tolak f6....ade gak rase rugi..tp,bile d fikir kan blek....aq x leh bwk f6 tu....

semalam,ayah ade tepon....die tye knpe x nak msuk f6....dari nada suara die tu aq dah thu yg die marah kat aq ni...sbb x reti nak wat keputusan....sedih tu ade lah....ari isnin ni,ramai kwn2 aq dah b'tolak menuju cita2 masing2.....bestnye jd cam diaorg tu....bukan rezeki aq daaaa......
hidup mesti d'truskan....
hmmm.....skang ni aq hanya tunggu rayuan universiti dan politek je....
YA ALLAH....tolong lah hamba mu ini.....

Isnin, 19 April 2010

PERCUBAAN (P)

firts aq g blaja kete,time tu x thu pape pun....dr bulan 2 aq start blaja smpai 14/4,esoknye,aq dah nak amik lesen kete.....takutnye smpai aq x selera nak mkn....hehe2 klakar kan!!!

mlm 14 tu,aq wat solat hajat dan aq yakin hanya kpd Allah saja aq berserah diri.....aq byk kan selawat kpd Allah....degupan jntung aq ni pun dah b'tambah kencang di buatnye......takut tu memang takut sgt.....tp nak wat cam ne kan,hari esok akan b'lalu jgak nnti,dan aq pun akan amik gak test kete tu......mlm ni aq x leh nak lelap kan mata,entah kenapa aq asyik teringat kan hari esok.....x thu lah nasib aq cam ne sok....harap2 aq lepas test kete dgn sekali je p'cubaan.....

pg dah pun menjelma,bgun je trus g solat subuh dlu pas tu bru b'siap....rase cam nak nangis je ble b'doa td.....apa2 pun aq b'serah je kpd Allah s.w.t.....kul 8,kami (ibu,abi,tok cu dan wa) g sarapan sblm antar aq kat test kete tu.....rasa t'haru sgt ble ade org yg amik berat tentang aq ni....bile d kenang,cam ne laa kan klu aq ni x lulus nnti....mesti mereka kecewa....

tepat kul 8.45,aq pun smpai kat tempat test memandu tu....terus g kaunter utk daftar test kete.....
lps tu,aq g blik jpj utk amik baju nombor dan isi borang....aq di arahkan utk duduk d ruangan menunggu sementara seorg jpj perempuan iaitu puan hazlina memberikan sedikit taklimat sblm memulakan test.....
memandangkan baju aq no.17B,jadi aq terpaksa lah menahan ketakutan......

lps sorg....sorg....dah meninggalkan aq di ruangan menunggu tu.....makin lama,makin ckit org kat situ.....sepanjang aq menunggu,ayat kursi aje lah yg menemani aq time tu.....akhirnya,aq pun dipanggil utk test bukit,parking dan 3 penjuru.....
time bukit,kali p'tama aq gagal masuk line kuning,alhamdulillah lah bleh wat lg skali.....time ni,aq bace bismillahirrahmanirrahim.....dan terus naik bukit..........akhirnya,aq lulus gak...pas tu aq wat parking n 3 penjuru.....aq LULUS....

tibe mase nak g jln raya plak....cuaknye!!!!
nak wat cam ne...aq kene gak g jln raya tu....time ni,aq dpt ngan en.jani mansor....badan die tembam,wat aq lg takut ngan die....hehee
aq mulakan dgn membace doa naik kenderaan...dan trus jln menuju ke jln A....
alhamdulillah....sepanjang p'jalanan lampu isyarat semuanye hijau.....kereta pun x byk time tu....aq g jln raya dlm kul 12.40....

sampai je kat kelas tu blek...aq rase puas ngan pemanduan aq tadi....harap2 lulus lah...heheheee
aq tgok en.jani tu sebuk menanda kertas aq,ade lah ckit aq menjeling ke kertas tu...(^_^)
last,die suruh aq sign kertas tu....menggigil tgn aq....sebelum kuar kete,sempat lg aq beri salam n ckp trima kasih kat en.jani....

aq tengok je kertas tu......LULUS....
YA ALLAH.....rase cam nak menjerit je kat stu....sepanjang di stu,menggigil tgn ni x hilang gak....
lepas ni,aq nak test moto plak....doakan lah semoga aq b'jaya melaksanakan tugas yg besar ni...
walaupun org kate moto bahaya,aq tetap akan amik gak utk kegunaan mase depan....
ya allah,hamba mu m'harapkan rahmat dan p'lindungan dr mu....lancar kan lah p'jalanan hamba mu ini....
.................................................................................................

Sabtu, 10 April 2010

KAWAN


Kawan atau sahabat......banyak boleh ditafsirkan.mengenai kawan.kerana kawan apa pun kita boleh jadi.....

baik.
jahat.
alim.
kafir.
kaya .
miskin.

pendek kata kawan lah yang akan membentuk sape diri kita.
cari lah kawan yang banyak ilmu supaya kita boleh mendalami ilmunya dan berkongsi pengalamannya.kalau kawan yang rajin pergi ke majlis2 ilmu dan banyak mengerjakan ibadah maka kita pun menjadi rajin untuk mengerjakan ibadah.dan mengajak rakan2 yang hampir dengan kita untuk melakukan ibadah.

TETAPI

Sekiranya kita mencari kawan yang suka berpoya2,membuang masa dan tak ada masa depan.maka kita juga akan jadi sepertinya.

Oleh itu kita kena pandai pilih kawan jangan pakai tangkap muat aje.kenali dulu kawan itu.kalau dia membawa kita kepada perkara2 yang tidak baik.TINGGALKAN AJE.tak rugi ape2 pun.

....................................................................................

Khamis, 8 April 2010

Jangan leka bila BERJAYA

jangan fikir kita sudah bagus dan pandai,itulah saat kita mulai lalai dan leka!
sebaliknya syukurlah dan fikirlah bahawa kejayaan kita itu menjadi bukti kesungguhan dan pendorong utk kita berusaha lebih kuat agar lebih berjaya lagi di masa hadapan.....
......................................................................................

Selasa, 6 April 2010

twin sister

ini adik kembar aq,sorg maisara n sorg lg maizura.mereka ni memang nakal..masing2 membawa keperibadian masing2...x semestinye kembar,same perangainye tau!!kadang2 pening ngan dorang ni..byk masalah d'buatnye....tp dorg ni lah yg istimewa...
......................................................................................

Nur Shahidatun Najwa

hah,ni adik ke4 aq,dlm semua adik,die yg pling comel bg aq.die ni pndai amik hati aq..tp,kadang2 tu geram gak ngan die ni sbb x nak dgr ckp kt ni...bile tgok muke die,x jd nak mrah...shida ni pandai wat org ketawe..kecik2 lg die dah pndai ckp smua ye...apa2 pun,KAKAK IKA SYG SHIDA.....
....................................................................................

Nur Atiah Humaira'

ini adik aq yg t'akhir...skang ni die dah pndai meniarap...m'lumlah dah 5 bln.
yg pelik ye,die dah ade gigi tau...maira' ni memang kuat nangis.boleh smpai gegar 1 rumah..die ni lah adik yg lain dr yg
lain bg aq.


....................................................................................